Friday, December 31, 2010
Tahun Baru. Azam Baru. Saya Baru.
Sunday, December 19, 2010
Manusia Terkaya Di Babylon

Sunday, December 12, 2010
Payungan Emas Buat Si Aisyah
Wednesday, December 1, 2010
Bali
Bangun pagi-pagi lepas subuh kena sarapan siap-siap tau sebab perjalanan kita dari KL ke Ngurah Rai International Airport lebih kurang 3 jam. Kita menginap di Ramayana Resort & Spa okeh :)
Di bawah ini tourist guide kita, Pak Made disertakan wajah teruja asyraff first time nak naik kapal terbang..hehe
24/11/10
Memang best jalan-jalan tepi pantai tengok matahari terbit sambil hirup udara segar kan..fuhh~
Lepas tuh tak habis-habis Pak Made hantar kita kat tempat shopping pulak, memang rancak la...
Kalau rasa-rasa nak beli silver boleh pergi Celup Emas, siap boleh tengok cara diorang buat silver sekali tau!
Jangan lupa singgah Monkey Forest...boleh tengok monyet dekat-dekat, nak dukung monyet-monyet ni pun boleh tau (tu pun kalau berani la..hehe)
Dah puas tatap wajah monyet, kita tatap wajah bebek (itik) pula. Sekali-sekala makan bebek pun sedap jugak. Nyum nyum~
Dah makan sedap-sedap, kita nikmati pemandangan yang indah-indah pula di Kintamani. Di sini kita boleh melihat Gunung Batur dan tasiknya. On the way pulang, jangan lupa singgah minum kopi panas, hot chocolate pun ada ^___^
Oh ya, yang warna hitam tuh kopi biasa dan yang warna cerah tuh kopi luwak. Kopi luwak dihasilkan daripada najis musang. Eww~JANGAN minum!
Gambar di bawah ni salah satu masjid di Bali. Tak ada dinding pun. Unik kan? Kaum hawa boleh berselindung di belakang papan kelabu tuh okeh. Selesai solat, kita melantak di Natrabu. Macam biasa, kita disajikan masakan padang. Yang specialnya, restoran ni turut dikunjungi pemimpin-pemimpin kita seperti Che Det, Pak Lah, Najib dan sebagainya. Akhiri malam kita dengan bersiar-siar di sekitar hotel dan buat pertama kalinya juga adik Asyraff kita naik kereta kuda..hooray!!
25/11/10
Seperti biasa, shopping shopping dan shopping! Bila tawar-menawar di kedai-kedai tepi jalan jangan segan silu minta kurang lebih daripada separuh harga tau... Paling best shopping di Krisna, tak perlu tawar-menawar. Barang berkualiti dengan harga berpatutan.
Ok, kita tiba di Pura Ulun Danu Bratan di Bedugul. Sila bergambar sepuas-puasnya. Hehe.
Lepas tuh, kita ke Pura Taman Ayun seterusnya ke Tanah Lot dan bergambar sepuas-puasnya lagi..yuhuu!!
Dinner paling best setakat ni... ikan bakar dan sebagainya yang dihidang dalam apa tah nama kotak tuh (zaman dulu-dulu, makanan raja diorang dihidang dalam kotak ni lah..tah betul ke tidak..layan jelah) Makan tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam...ada pula pakcik-pakcik ni menyanyi live depan meja kita...oh,indahnya!
26/11/10
Hari terakhir kita di Bali...
Sila jalan-jalan di tepi pantai Kuta buat kali terakhir..uhuk uhuk sedihnya :(
Nasib baiklah dapat makan sedap-sedap sebelum balik. Happy sudah! >.<

Oh. Mari nikmati sunset terakhir di Bali sambil tunggu flight delay 2 jam. Sabar. Sabar.
Saturday, November 6, 2010
Bila Kakak Obses Dengan Adik Sendiri

Thursday, November 4, 2010
Melakukan Dosa dan Bertaubat Berkali-kali
Bila exam tak kunjung tiba
Bila mata dah puas membuta
Bila fulus masih berbaki
Heh Heh Heh.
Saya dan 'mereka' ke jusco
Masuk Popular
Terjumpa sesuatu!
Jawapan kepada persoalan saya selama ni…
Melakukan Dosa dan Bertaubat Berkali-kali
(Sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2011)
Tanda-tanda kesempurnaan taubat harus meninggalkan segala dosa dan menghilangkan pengaruhnya terhadap jiwa sebagaimana sinar matahari menghapus kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang bertaubat daripada suatu dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain , maka taubatnya belum sempurna.
................................
................................
Seseorang yang telah sepenuh hati bertaubat, maka semestinya tidak kembali berbuat dosa. Jika kembali, maka hal tersebut telah membatalkan taubatnya sebab syarat sahnya taubat adalah dengan terus menerus meniggalkannya seumur hidup. Melakukan perkara-perkara yang membatalkan dan menyalahi taubat dapat mengurangi kesempurnaan dan manfaatnya. Seorang hamba yang telah bertaubat kemudian kembali mengulangi perbuatannya lagi, maka dosa pertama yang telah ditaubatinya terhapus walaupun taubatnya batal sebab dia telah bertaubat dari dosa seolah-olah dia tidak melakukannya atau belum pernah melakukannya. Orang yang mengulangi perbuatan dosa maka dia berdosa atas perbuatan berikutnya bukan yang pertama kerana taubat terdahulu adalah sah , sedang mengulangi perbuatan dosa akan mendapat seksa.
Wallahu a'lam.
Monday, October 25, 2010
Embun Pagi

Wednesday, August 18, 2010
Lerai
Tak mungkin kunikmati
Jika hati ada sengketa
Ketenangan ini
Tak mungkin kumiliki
Jika hati terus membenci
Kebahagiaan ini
Tak mungkin kukecapi
Jika hati bersarang dendam
Ku mohon keampunan
Ku serah kemaafan
Telah kurelakan segalanya…
Saturday, July 17, 2010
Keturunan Iblis
Apa khabar sahabat-sahabat? Hari ini saya bukan nak bedah buku atau apa. Sekadar nak berkongsi pembacaan saya beberapa hari lepas (oh!dah beberapa minggu rupanya,lama sangat simpan dalam draft..huhu). Buku "Offline dengan Syaitan" karangan Zulkifli Khair ini dihadiahkan oleh Attiq sempena hari lahir saya yang ke-21. Terima kasih Attiq :)
Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:
- Tsabar
Kerjanya menimbulkan keluh-kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan.
- Dasim
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.
- Al-A'war
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.
- Miswath
Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.
- Zaknabur
Kerjanya menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia berada di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan , maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Fussilat: Ayat 36)
Renung-renungkan dan selamat beramal....
Friday, July 2, 2010
Bencana Buatan Manusia
Sila pinjam VCD bencana buatan manusia daripada saya.
Tonton dan nilailah sendiri.
Terharu melihat pembungkus makanan yang digunakan oleh Malaysia Airlines. Ingatkan macam ‘white coffin’ lain, tapi bila tengok dekat-dekat lain macam je. Sekali baru perasan, tertulis:
Food make up 45% of the average household waste, which is disposed into landfills, a major source of global warming. This mealbox is made from 100% sugar cane fibers and is fully biodegradable, whereby it is naturally broken down into the earth.
Terharu 1
Di hotel pula,
Terharu 2
Terharu 3
Lain-lain,
Terharu 4, sila klik di sini. ^_^