my skin

Tuesday, June 15, 2010

Antara Suka Dan Duka

Tahniah kepada bapa saudaraku, Ayoh Wi yang telah selamat diijabkabulkan dengan Che Ayu semalam. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan segala kebaikan ke atas kedua-duanya. Amin.



Selamat Pengantin Baru


Keletihan dalam perjalanan terasa amat berbaloi apabila melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah atok nenek, pakcik makcik, budak besar dan budak kecil yang mengikuti rombongan pengantin lelaki dari Kelantan ke Terengganu semalam. Selepas akad nikah di masjid, majlis diteruskan dengan persandingan di rumah pengantin perempuan. Terima kasih kepada pihak pengantin perempuan yang telah menyediakan hidangan yang enak-enak gitu! Alang-alang ke Terengganu, kami mengambil kesempatan menikmati keindahan pantai sambil makan keropok lekor panas-panas. Perghh!Ganu kite....



On the way balik,

Tiba-tiba dalam kereta,

"Jam aku!! Weh jam aku tertinggal...."

"Ayah, jam Ikin tertinggal kat masjid..."


Ok. Seperti yang kita sedia maklum, ayah takkan patah balik.


Sedih betul. Tak kisah la harga berapa pun, tapi nilai sentimental jam tu. Aku tak tahulah apa maksud nilai sentimental tapi aku nak guna jugak perkataan tu sebab aku sedih sangat sekarang. Bukan jam je, cincin yang mak bagi pun tertinggal jugak. Nilai sentimental betul!


Jam tu aku beli akhir bulan Februari, hadiah untuk diri sendiri. Aku bajet nak pakai jam tu sampai habis belajar. Jam seterusnya tunggu hantaran kahwin nanti. Dah siap-siap extend warranty. Sekali pakai tak sampai empat bulan pun. Isk. Kenapa la air mata ni asyik nak meleleh je. Mestilah ada hikmahnya sesuatu yang terjadi tu kan...


Aku dan Si Tommy


Tinggal kenangan...

Sunday, June 13, 2010

Mount Bromo

Teman-teman, mau lihat pemandangan indah?

Ayuh travel ke Surabaya dong!

Mohon dicek dulu jadual perjalanannya ya teman-teman.

Percutian kita selama 5D 4N (6-10 Juni 2010).


Day 1: Penerbangan dari KLIA ke Juandal International Airport kurang lebih 2 jam 40 menit. Ketemu sama tour guide, Mbak Mary Kristiningsih. Makan malam. Transfer ke Mt. Bomo. Bermalam di hotel Bromo.


Mbak Mary (kiri sekali)


Pengangkutan yang disediakan



Day 2: Small breakfast di hotel jam 3.30am. Berangkat ke Mt. Penanjakan dengan jeep. Menuju ke View Point 1 untuk melihat sunrise. Subhanallah...pemandangannya indah bangat! Lalu, turun ke Padang Pasir dan menunggang kuda untuk ke Mt. Bromo. Kemudian, perlu mendaki 250 anak tangga sebelum sampai di pinggir kawah Mt. Bromo. Check out dari hotel lalu transfer ke Batu.
Perhatian: Suhu di puncak Bromo AMAT AMAT AMAT DINGIN. Mohon dibawa pakaian hangat.


Jeep




Menanti sang mentari menampakkan diri


Demi matahari




Dan sinarnya di pagi hari





Padang Pasir





Keep climbing


Udah sampai :)


Gunung Kawah


Peace dari ayah



Day 3: Check out dari hotel dan melawat Kusuma Agro Wisata kebun apel, strawberi, jambu merah dan banyak lagi. Hasil tanaman diproses menjadi kerepek, dodol, jem dan lain-lain. Kemudian, ke Taman Safari yang menempatkan hidupan liar bagi spesies yang terancam seperti Komodo Dragon, European Bison, Himalaya Black Bear, White Tiger dan sebagainya. Pengunjung akan meneroka taman ini dengan kenderaan untuk melihat hewan secara dekat.


Hidangan percuma buat pengunjung kebun apel


Makanan hewan (manusia juga bisa)


Takut seyh



Day 4: Melawat Lumpur Lapindo yang telah menenggelamkan kawasan permukiman, pertanian dan perindustrian. Ziarah ke makam Sunan Ampel, salah seorang wali penyebar agama Islam di Pulau Jawa. Kemudian, menaiki Surabaya Heritage Track (SHT) melalui bandar bersejarah seperti Jembatan Merah, Masjid Sunan Ampel, Tugu Pahlawan dan sebagainya. Melawat The House of Sampoerna yang dibangun pada tahun 1862 dan merupakan fasilitas produksi pertama rokok Sampoerna. Di sini kita boleh melihat proses penyediaan rokok menggunakan tangan seperti robot (pantas bangat!).


Lumpur Lapindo


Makam Sunan Ampel


SHT


Day 5: Pulang ke Malaysia.


Bye.