my skin

Saturday, January 5, 2013

Sweet Sour 2012

Assalamualaikum Wbt. Salam Ceria & Salam Bahagia.

22 Safar 1434H / 5 Januari 2013. Ada ke orang update blog setahun sekali? Haha!

Kali ni bukan nak cerita pasal azam yang tak pernah menjadi, sekadar menyingkap kembali detik-detik terindah sepanjang tahun 2012 :)

Setelah 5 tahun setengah meranjau onak dan duri di IPG Kampus Tuanku Bainun, Alhamdulillah dapat juga aku menamatkan pengajian sebagai seorang guru pelatih. Setiap saat bersama kawan-kawan merupakan memori terindah untuk dikenang. Rasanya semester terakhir ni lah paling banyak kita buat aktiviti bersama kan? Dari satu trip ke satu trip, dari berjalan-jalan, berhari jadi, berhari raya hinggalah berfarewell party, sebab kita tahu lepas ni mungkin dah tak ada peluang dan ruang untuk kita menghabiskan masa bersama-sama lagi...

Aku selalu cakap "tak sabar nak habis belajar, benci maktab, benci Penang!"...Rasanya hidup dengan keluarga di rumah lebih menyenangkan..tak payah banyak fikir, semua dah tersedia kan? Tapi, bila tiba hari yang dinanti-nanti selama ni..hati rasa sayu sangat, rasa sebak semacam je..air mata mula menitik..tak sangka akhirnya aku sedih juga dan-dan rasa macam tak nak balik rumah..SAYANG GILA PENANG!!!

Tapi bila tengok balik muka-muka innocent korang, buat aku nak tergelak je..kehkehkeh :p


Zoo Taiping..layannn~
Ban Pecah Kebaboo!
En. Hasni kesayangansss

Zul yang menjadi rebutan..uWekk

Masih berbunga cintaku ini harum dalam kenangan....

Wednesday, December 14, 2011

Tentang Dhia


Finally!
Penat aku main teka-teki..punya lama tak update blog ni sampai password nak sign in pun dah lupa..adehh

Pejam celik pejam celik dah 29 Muharram! Aku nak buat azam baru memandangkan azam tahun ni macam suam-suam kuku (tak pasti apa maksud peribahasa tu tapi bunyi macam sesuai je dengan ayat ni kan..so guna jela)

Mulai hari ni dan seterusnya aku nak jadi lemah lembut. Cair betul tengok watak Nor Kamadhia dalam Tentang Dhia. Dala cun, lembut je...hUuuu~ Sebenarnya dari dulu kagum dengan orang yang lemah lembut ni...bukan tak pernah cuba nak jadi lemah lembut, kadang-kadang sampai jadi lemah lembab! Susah betul..yela, dari kecik dah biasa terpekik-pekik..heh heh



Ok, mulai saat ni insyaAllah saya akan jadi perempuan comel yang bersopan santun dan lemah lembut..ahaksss! Jangan tertukar saya dengan Dhia sudehhh :p

"YOU ARE WHAT YOU ARE, BUT YOU DON'T HAVE TO STAY THAT WAY..."

Monday, March 14, 2011

Hakikat Tsunami

Sibuk betul saya sejak akhir-akhir ini (sebenarnya takdelah sibuk sangat, saja buat-buat sibuk..hehe). Jika minggu ini menjadi ATS di ESQ, minggu depan menghadiri seminar pelaburan emas, minggu seterusnya mengikuti kelas belajar mekap dan begitulah minggu-minggu seterusnya, ada-ada saja yang nak dijoin. Serasa masa terlalu singkat untuk mengejar semuanya.

Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini benar-benar menggoncang jantung hati, tempat tinggal saya pun dikelilingi laut! Jika beli tanah di sini, macam mana kalau tiba-tiba Klang dilanda Tsunami? Kalau beli emas dan simpan di Ar Rahnu sekalipun, jika Tsunami meranapkan bangunan Ar Rahnu juga bagaimana dengan nasib emas saya?
Masih.
Masih berfikir tentang masa depan yang belum pasti!

Namun, ada sesuatu yang berlegar-legar di fikiran saya sejak beberapa hari lalu. Kata-kata daripada seorang sahabat. Ditanya tentang puasa saya-9 hari lagi belum diganti. Aduhai~malu ya? Tunggu. Dengar dulu soalan seterusnya...

"BERAPA HARI LAGI KAU HIDUP?"

Gulp!
Tercekik air liur sendiri.

Bila log in fb, sahabat yang sama tag nama saya pada statusnya:

Tanda sayangkan ALLAH SWT, banyakkanlah berzikir,
tanda sayangkan Rasulullah SAW, banyakkanlah selawat,
tanda sayang pada diri, banyakkanlah istighfar,
tanda sayang pada sahabat, banyakkan nasihat

Ekinn Aimi & Anis Farhana Mohd Noor inilah benda yg aku nak ckp kat kelas td..x terluah plak.heh. kita hayati na..♥ Barakallahufikum


Alhamdulillah, terima kasih sahabat :)


Sahabat yang saya ceritakan ada dalam gambar ni..heh heh :p


p/s: saya suka dinasihatkan seperti ini. tidak perlu mendesak atau memaksa. biarkan saya berfikir. ^^

Wednesday, February 16, 2011

OKB

Pada suatu malam…
MeowMeow: Fulan, kau ada tak rasa nak pakai kereta-kereta mewah nanti?
Fulan: Tak.
MeowMeow: Tak? Hah?! Kenapa tak?
Fulan: Entah, tak lah. Memang tak mungkin…
MeowMeow: Hah?! Tak mungkin??? Weh macam mana boleh ada orang fikir macam ni? Weh aku x faham betul, macam mana boleh ada orang fikir macam ni???
Fulan: Ko tengok la kita kerja apa..gaji pun berapa je..
MeowMeow: Yela, maksud aku mestilah kita ada kerja lain jugak nanti..cam jadi penulis buku ke..jual apa-apa ke…
Fulan: Yela, aku tahu..aku pun takkan jadi cikgu je..aku akan buat kerja lain jugak…
MeowMeow: Aku siap terfikir nak buat koleksi kereta-kereta mewah..tapi aku fikir-fikir balik takdelah sampai macam tuh kan..aku nak 1 ke 2 pon jadi la…kih kih kih
Fulan: Kau ni memang kuat berangan betul lah! Tu lah, terpengaruh baca buku jutawan kau tuh, kau ingat senang je..semua boleh dapat
MeowMeow: Memang bolehlah weh..aku rasa jauh lagi..banyak lagi masa, memang boleh sangat kalau nak…eh, maksud aku kalau kita tak mati lagi la….
Kesimpulan: Buku memang memberi pengaruh yang besar dalam diri saya.

Dari kecil sampai sekarang, boleh dikatakan semua yang saya nak, saya dapat. Banyak betul hajat saya, saya suka minta macam-macam daripada Allah. Kalau solat 5 minit, boleh jadi doa nak mintak itu dan ini lepas solat mencecah 10 minit. Cakap saja nak apa-apa pada mak atau ayah,pasti ditunaikan. Tapi....
Saya terlupa sesuatu – BERSYUKUR.
Saya baru teringat masa baca buku “Bila Allah Menduga Kita” yang dikarang oleh Syed Alwi Alatas. Dua kunci kebahagiaan ialah syukur dan sabar. Patutlah selama ni rasa macam tak cukup je..tak pernah puas… Walaupun sering diingatkan oleh seseorang, “Kalau awak gagal dalam hidup ni, mesti sebab dua perkara – tak bersyukur, tak sabar”. Bagai menuang air di daun keladi, saya masih bersikap tak matang nak itu dan ini yang ada pada orang lain saat dan ketika itu juga. Kena bagi buku, baru nak fikir baik-baik. Yela, kan dah cakap, buku memang bagi pengaruh yang besar dalam diri saya. Harap-haraplah lepas ni tak lupa untuk bersyukur lagi...huhu
Alhamdulillah~Bersyukur! Bersyukur! Bersyukur!

Oh ya, masih bercita-cita menjadi jutawan pada masa hadapan. Hehe. Bak kata Chef Li, hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang. Tak salah rasanya menjadi OKB- Orang Kaya Bertaqwa ^_^



Tuesday, February 1, 2011

Billionaire

Oh ya!

Jom layannn...~


Mitos Kekayaan Part 2


Mitos: Orang kaya bersifat materialistik. Mereka terlalu menyanjugi wang.
Fakta: Orang yang kekurangan wang sebenarnya menyanjungi kekayaan. Siapa yang bekerja siang malam, tahun demi tahun, melakukan kerja yang mereka benci semata-mata mendapatkan wang ringgit? Orang kaya jarang bekerja kerana wang. Mereka bekerja kerana minat dan bagi mencapai kepuasan peribadi.

Mitos: Sekiranya saya menjadi kaya, saya tentu kehilangan semua kawan saya.
Fakta: Sekiranya kawan-kawan menjauhkan diri daripada kita, ini bermakna kita mengetahui siapa kawan kita sebenarnya. Apabila menjadi kaya, kita tentu mendapat kawan baru yang mempunyai pemikiran yang juga kaya.

Mitos: Sekiranya saya mempunyai terlalu banyak duit, orang lain mungkin tidak berpeluang mendapat duit.
Fakta: Kekayaan adalah ukuran dalam pertukaran nilai. Apabila kita mencipta lebih kekayaan, ini bermakna kita mencipta lebih banyak nilai dan kekayaan dalam dunia ini.

Mitos: Sekiranya saya mempunyai banyak wang, saya tentu mempunyai lebih banyak masalah dan kebimbangan.
Fakta: Sebahagian besar masalah yang dihadapi dalam kehidupan disebabkan oleh kekurangan wang.

Mitos: Duit adalah punca segala kejahatan.
Fakta: Kekurangan atau ketiadaan wang menjadi punca segala kejahatan. Fikirkanlah.


Sumber: BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI JUTAWAN,
ADAM KHOO

Monday, January 31, 2011

Mitos Kekayaan Part 1


Mitos: Kekayaan dapat mengubah diri kita menjadi orang yang bersikap jahat.
Fakta: Kekayaan menonjolkan keperibadian kita. Sekiranya kita orang yang berhati mulia, pemurah dan baik, kekayaan menonjolkan kebaikan-kebaikan ini dan sebaliknya.

Mitos: Kekayaan tidak menjanjikan kebahagiaan.
Fakta: Memang benar, tetapi jika tidak mempunyai wang, kita juga tentu tidak akan berasa bahagia. Bukankah lebih baik kita tidak bahagia tetapi mempunyai wang daripada tidak bahagia dan tidak mempunyai wang?

Mitos: Kekayaan bukanlah segala-galanya.
Fakta: Sebenarnya, segala-galanya memerlukan wang. Tanpa wang ringgit, kita tidak dapat memiliki keselesaan lain seperti keselesaan bagi keluarga, kerjaya, kesihatan, keagamaan dan juga hubungan dengan orang lain.

Mitos: Kekayaan membuatkan kepercayaan kita terhadap agama berkurangan.
Fakta: Sekiranya kita seorang yang kuat pegangan agama, wang ringgit membuatkan kita lebih prihatin menolong orang yang susah dan melakukan perkara-perkara yang lebih ke arah keagamaan.

Sumber: BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI JUTAWAN,
ADAM KHOO