my skin

Thursday, November 4, 2010

Melakukan Dosa dan Bertaubat Berkali-kali

Bila assignment semua dah hantar

Bila exam tak kunjung tiba

Bila mata dah puas membuta

Bila fulus masih berbaki


Heh Heh Heh.


Saya dan 'mereka' ke jusco


'mereka'


Jalan punya jalan

Masuk Popular

Terjumpa sesuatu!


Jawapan kepada persoalan saya selama ni…


Melakukan Dosa dan Bertaubat Berkali-kali

(Sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2011)

Tanda-tanda kesempurnaan taubat harus meninggalkan segala dosa dan menghilangkan pengaruhnya terhadap jiwa sebagaimana sinar matahari menghapus kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang bertaubat daripada suatu dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain , maka taubatnya belum sempurna.

................................

................................

Seseorang yang telah sepenuh hati bertaubat, maka semestinya tidak kembali berbuat dosa. Jika kembali, maka hal tersebut telah membatalkan taubatnya sebab syarat sahnya taubat adalah dengan terus menerus meniggalkannya seumur hidup. Melakukan perkara-perkara yang membatalkan dan menyalahi taubat dapat mengurangi kesempurnaan dan manfaatnya. Seorang hamba yang telah bertaubat kemudian kembali mengulangi perbuatannya lagi, maka dosa pertama yang telah ditaubatinya terhapus walaupun taubatnya batal sebab dia telah bertaubat dari dosa seolah-olah dia tidak melakukannya atau belum pernah melakukannya. Orang yang mengulangi perbuatan dosa maka dia berdosa atas perbuatan berikutnya bukan yang pertama kerana taubat terdahulu adalah sah , sedang mengulangi perbuatan dosa akan mendapat seksa.

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment