my skin

Saturday, July 17, 2010

Keturunan Iblis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Apa khabar sahabat-sahabat? Hari ini saya bukan nak bedah buku atau apa. Sekadar nak berkongsi pembacaan saya beberapa hari lepas (oh!dah beberapa minggu rupanya,lama sangat simpan dalam draft..huhu). Buku "Offline dengan Syaitan" karangan Zulkifli Khair ini dihadiahkan oleh Attiq sempena hari lahir saya yang ke-21. Terima kasih Attiq :)

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:
  • Tsabar

Kerjanya menimbulkan keluh-kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan.


  • Dasim

Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.


  • Al-A'war

Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.


  • Miswath

Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

  • Zaknabur

Kerjanya menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia berada di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan , maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Fussilat: Ayat 36)

Renung-renungkan dan selamat beramal....

No comments:

Post a Comment