my skin

Wednesday, February 16, 2011

OKB

Pada suatu malam…
MeowMeow: Fulan, kau ada tak rasa nak pakai kereta-kereta mewah nanti?
Fulan: Tak.
MeowMeow: Tak? Hah?! Kenapa tak?
Fulan: Entah, tak lah. Memang tak mungkin…
MeowMeow: Hah?! Tak mungkin??? Weh macam mana boleh ada orang fikir macam ni? Weh aku x faham betul, macam mana boleh ada orang fikir macam ni???
Fulan: Ko tengok la kita kerja apa..gaji pun berapa je..
MeowMeow: Yela, maksud aku mestilah kita ada kerja lain jugak nanti..cam jadi penulis buku ke..jual apa-apa ke…
Fulan: Yela, aku tahu..aku pun takkan jadi cikgu je..aku akan buat kerja lain jugak…
MeowMeow: Aku siap terfikir nak buat koleksi kereta-kereta mewah..tapi aku fikir-fikir balik takdelah sampai macam tuh kan..aku nak 1 ke 2 pon jadi la…kih kih kih
Fulan: Kau ni memang kuat berangan betul lah! Tu lah, terpengaruh baca buku jutawan kau tuh, kau ingat senang je..semua boleh dapat
MeowMeow: Memang bolehlah weh..aku rasa jauh lagi..banyak lagi masa, memang boleh sangat kalau nak…eh, maksud aku kalau kita tak mati lagi la….
Kesimpulan: Buku memang memberi pengaruh yang besar dalam diri saya.

Dari kecil sampai sekarang, boleh dikatakan semua yang saya nak, saya dapat. Banyak betul hajat saya, saya suka minta macam-macam daripada Allah. Kalau solat 5 minit, boleh jadi doa nak mintak itu dan ini lepas solat mencecah 10 minit. Cakap saja nak apa-apa pada mak atau ayah,pasti ditunaikan. Tapi....
Saya terlupa sesuatu – BERSYUKUR.
Saya baru teringat masa baca buku “Bila Allah Menduga Kita” yang dikarang oleh Syed Alwi Alatas. Dua kunci kebahagiaan ialah syukur dan sabar. Patutlah selama ni rasa macam tak cukup je..tak pernah puas… Walaupun sering diingatkan oleh seseorang, “Kalau awak gagal dalam hidup ni, mesti sebab dua perkara – tak bersyukur, tak sabar”. Bagai menuang air di daun keladi, saya masih bersikap tak matang nak itu dan ini yang ada pada orang lain saat dan ketika itu juga. Kena bagi buku, baru nak fikir baik-baik. Yela, kan dah cakap, buku memang bagi pengaruh yang besar dalam diri saya. Harap-haraplah lepas ni tak lupa untuk bersyukur lagi...huhu
Alhamdulillah~Bersyukur! Bersyukur! Bersyukur!

Oh ya, masih bercita-cita menjadi jutawan pada masa hadapan. Hehe. Bak kata Chef Li, hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang. Tak salah rasanya menjadi OKB- Orang Kaya Bertaqwa ^_^



Tuesday, February 1, 2011

Billionaire

Oh ya!

Jom layannn...~


Mitos Kekayaan Part 2


Mitos: Orang kaya bersifat materialistik. Mereka terlalu menyanjugi wang.
Fakta: Orang yang kekurangan wang sebenarnya menyanjungi kekayaan. Siapa yang bekerja siang malam, tahun demi tahun, melakukan kerja yang mereka benci semata-mata mendapatkan wang ringgit? Orang kaya jarang bekerja kerana wang. Mereka bekerja kerana minat dan bagi mencapai kepuasan peribadi.

Mitos: Sekiranya saya menjadi kaya, saya tentu kehilangan semua kawan saya.
Fakta: Sekiranya kawan-kawan menjauhkan diri daripada kita, ini bermakna kita mengetahui siapa kawan kita sebenarnya. Apabila menjadi kaya, kita tentu mendapat kawan baru yang mempunyai pemikiran yang juga kaya.

Mitos: Sekiranya saya mempunyai terlalu banyak duit, orang lain mungkin tidak berpeluang mendapat duit.
Fakta: Kekayaan adalah ukuran dalam pertukaran nilai. Apabila kita mencipta lebih kekayaan, ini bermakna kita mencipta lebih banyak nilai dan kekayaan dalam dunia ini.

Mitos: Sekiranya saya mempunyai banyak wang, saya tentu mempunyai lebih banyak masalah dan kebimbangan.
Fakta: Sebahagian besar masalah yang dihadapi dalam kehidupan disebabkan oleh kekurangan wang.

Mitos: Duit adalah punca segala kejahatan.
Fakta: Kekurangan atau ketiadaan wang menjadi punca segala kejahatan. Fikirkanlah.


Sumber: BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI JUTAWAN,
ADAM KHOO