my skin

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru. Azam Baru. Saya Baru.

OK. Dah berdentam-dentum bunyi mercun. Happy benar gamaknya sambut tahun baru. Apa-apa pun, selamat datang tahun baru. Semoga 2011 ni lebih baik, lebih mantap, lebih hebat, lebih ceria, lebihlah segala yang bagus-bagus!

Bila dah masuk bab tahun baru ni, apa lagi...bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing, semualah peribahasa yang menggambarkan betapa sinonimnya segala sesuatu itu. Maka, yang paling sinonim untuk tahun baru mestilah azam!

Kalau tahun-tahun sudah saya memang tak malu kecoh macam ayam bertelur riuh sekampung beritahu kawan-kawan azam baru saya. Yang peliknya, azam tuh bertahan beberapa bulan je. Lebih sadis, masuk penggal kedua setiap tahun mesti dah lupa apa azam yang dijaja pada awal-awal tahun dulu. Isk.

Tahun ni, insyaALLAH tak lupa sebab agak-agak dah nak lupa boleh cepat-cepat cek kat blog. Hehe. Al-maklumlah, kalau nak disenaraipendekkan pun, mesti azam saya mencecah angka 10. Whoa!

Jadi, tahun 2011 ni saya fokus pada satu azam. Azam saya nak jadi MATANG. Aha! Kawan-kawan jangan terkejut kalau tahun ni saya tiba-tiba agak pendiam. Mungkin masa tuh saya dah matang. Pendiam tuh matang ke? Entah, lebih kuranglah kot. Cakaplah apa-apa pun, yang penting MATANG. Kih kih. Hey, matanglah!


Senyuman matang.

Sunday, December 19, 2010

Manusia Terkaya Di Babylon


7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan $$$$

1. Mulakan dengan mengumpul kekayaan
"setiap sepuluh wang yang diperoleh, sekurang-kurangnya satu daripadanya hendaklah disimpan"

2. Kawal perbelanjaan
"aturkan belanjawan mengikut pendapatan"

3. Gandakan wang
"melaburkan sejumlah wang yang akan bekerja untuk kita"

4. Kawal harta daripada kehilangan
"hanya melabur apabila terdapat peluang yang selamat, dapat ditebus apabila dikehendaki dan kamu tidak akan gagal mendapat pulangannya"

5. Cari tempat yang dapat memberi pelaburan yang lumayan
"milikilah rumah sendiri supaya dapat meringankan beban hidup dengan menggunakan pendapatan untuk perkara yang lebih penting"

6. Jaminan pada masa hadapan
"sediakan keperluan pada masa hadapan sebelum tiba hari tua"

7. Tingkatkan keupayaan untuk menabung
"mengusahakan sesuatu mengikut kemampuan, belajar dan menjadi bijak, menjadi lebih mahir dan cuba menghormati diri sendiri"


Sumber: The Richest Man In Babylon,
George S. Clason


Sunday, December 12, 2010

Payungan Emas Buat Si Aisyah

Semalam saya pergi majlis perkahwinan Aisyah & Yasir, BEST GILERRR! Mana taknya, Aisyah kawan pertama saya yang kahwin. Maksud saya, sebelum ni pun Farahin & Zulfikrie dah kahwin dulu, tapi saya tak dapat datang sebab masa tuh maktab belum cuti lagi..uhuk uhuk :'(

Apa-apa pun, rasa bertuah sangat sebab bila kami (Farah, Maryam, Natrah dan saya) sampai je, Aisyah dan Yasir pun sampai. Masa tuh Aisyah baru nak turun dari kereta. Dapat la snap beberapa keping gambar diorang :)

Pengalaman pertama pergi majlis kahwin kawan sendiri buat saya agak jakun. Bila jumpa kawan-kawan lama masa sekolah dulu, mula nak buat kecoh walaupun pengantin baru tiba dan ucapan selawat bergema di segenap ruang grand ballroom. Mujurlah Farah sempat menegur dan ajak duduk dulu sebab orang dah pandang-pandang. Hee, sorry sorry..excited sangat :p

Memang syahdu tahap meleleh air mata semua tetamu bila ayah Aisyah bagi ucapan. Yela, Aisyah anak pertama yang kahwin, baru 21 tahun. Memang tak boleh tahan masa ayah Aisyah cakap, Aisyah selalu cakap "Aisyah nak ni..." walaupun Aisyah dah kahwin, Aisyah boleh minta abah lagi kalau nak apa-apa...uWaaaaa!!!

Selepas nangis-nangis, sesi yang paling dinanti-nantikan~makan! hehe. Borak punya borak, majlis pon tamat. Kami sempat bergambar sekelas dengan raja sehari kita. Tapi kat camera saya takde. Takpelah, nanti boleh tengok kat facebook mesti diorang tag-tag punya.

Antara gambar-gambar yang sempat disnap pada hari kejadian:









Nah.
Khas buat para tetamu Aisyah & Yasir serta pengunjung blog saya..hee :)



Wednesday, December 1, 2010

Bali

Hai adik-adik...

Cuti sekolah kali ni jom kita melancong ke Bali...!

23/11/10

Bangun pagi-pagi lepas subuh kena sarapan siap-siap tau sebab perjalanan kita dari KL ke Ngurah Rai International Airport lebih kurang 3 jam. Kita menginap di Ramayana Resort & Spa okeh :)

Di bawah ini tourist guide kita, Pak Made disertakan wajah teruja asyraff first time nak naik kapal terbang..hehe





Agak-agak matahari dah terbenam, kita saksikan tarian Kecak. Tarian yang mempersembahkan epik Ramayana iaitu kisah Romeo dan Juliet versi Hindu ni menarik sangat tau! Tapi kadang-kadang tuh seram jugak... Yela, mula-mula dengan paduan suara pria-pria yang tak berbaju tuh diorang buat bunyi "cak-cak" je tanpa guna alat muzik pun tapi memang best la... Lepas tu, keluarlah penari merangkap pelakon dengan watak masing-masing... Tak lama lepas tu kan, keluarlah tok bomoh diorang... dah jampi kaw-kaw pria dalam kuda kepang ke apetah nama bende alah tu teros kena rasuk.. dia pijak-pijak api... siap makan api tuh! Huh~






24/11/10

Memang best jalan-jalan tepi pantai tengok matahari terbit sambil hirup udara segar kan..fuhh~
Lepas tuh tak habis-habis Pak Made hantar kita kat tempat shopping pulak, memang rancak la...
Kalau rasa-rasa nak beli silver boleh pergi Celup Emas, siap boleh tengok cara diorang buat silver sekali tau!


Jangan lupa singgah Monkey Forest...boleh tengok monyet dekat-dekat, nak dukung monyet-monyet ni pun boleh tau (tu pun kalau berani la..hehe)



Dah puas tatap wajah monyet, kita tatap wajah bebek (itik) pula. Sekali-sekala makan bebek pun sedap jugak. Nyum nyum~



Dah makan sedap-sedap, kita nikmati pemandangan yang indah-indah pula di Kintamani. Di sini kita boleh melihat Gunung Batur dan tasiknya. On the way pulang, jangan lupa singgah minum kopi panas, hot chocolate pun ada ^___^
Oh ya, yang warna hitam tuh kopi biasa dan yang warna cerah tuh kopi luwak. Kopi luwak dihasilkan daripada najis musang. Eww~JANGAN minum!




Gambar di bawah ni salah satu masjid di Bali. Tak ada dinding pun. Unik kan? Kaum hawa boleh berselindung di belakang papan kelabu tuh okeh. Selesai solat, kita melantak di Natrabu. Macam biasa, kita disajikan masakan padang. Yang specialnya, restoran ni turut dikunjungi pemimpin-pemimpin kita seperti Che Det, Pak Lah, Najib dan sebagainya. Akhiri malam kita dengan bersiar-siar di sekitar hotel dan buat pertama kalinya juga adik Asyraff kita naik kereta kuda..hooray!!





25/11/10

Seperti biasa, shopping shopping dan shopping! Bila tawar-menawar di kedai-kedai tepi jalan jangan segan silu minta kurang lebih daripada separuh harga tau... Paling best shopping di Krisna, tak perlu tawar-menawar. Barang berkualiti dengan harga berpatutan.
Ok, kita tiba di Pura Ulun Danu Bratan di Bedugul. Sila bergambar sepuas-puasnya. Hehe.
Lepas tuh, kita ke Pura Taman Ayun seterusnya ke Tanah Lot dan bergambar sepuas-puasnya lagi..yuhuu!!





Dinner paling best setakat ni... ikan bakar dan sebagainya yang dihidang dalam apa tah nama kotak tuh (zaman dulu-dulu, makanan raja diorang dihidang dalam kotak ni lah..tah betul ke tidak..layan jelah) Makan tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam...ada pula pakcik-pakcik ni menyanyi live depan meja kita...oh,indahnya!






26/11/10

Hari terakhir kita di Bali...
Sila jalan-jalan di tepi pantai Kuta buat kali terakhir..uhuk uhuk sedihnya :(


Nasib baiklah dapat makan sedap-sedap sebelum balik. Happy sudah! >.<





Oh. Mari nikmati sunset terakhir di Bali sambil tunggu flight delay 2 jam. Sabar. Sabar.


Bye Bali!