my skin

Sunday, December 12, 2010

Payungan Emas Buat Si Aisyah

Semalam saya pergi majlis perkahwinan Aisyah & Yasir, BEST GILERRR! Mana taknya, Aisyah kawan pertama saya yang kahwin. Maksud saya, sebelum ni pun Farahin & Zulfikrie dah kahwin dulu, tapi saya tak dapat datang sebab masa tuh maktab belum cuti lagi..uhuk uhuk :'(

Apa-apa pun, rasa bertuah sangat sebab bila kami (Farah, Maryam, Natrah dan saya) sampai je, Aisyah dan Yasir pun sampai. Masa tuh Aisyah baru nak turun dari kereta. Dapat la snap beberapa keping gambar diorang :)

Pengalaman pertama pergi majlis kahwin kawan sendiri buat saya agak jakun. Bila jumpa kawan-kawan lama masa sekolah dulu, mula nak buat kecoh walaupun pengantin baru tiba dan ucapan selawat bergema di segenap ruang grand ballroom. Mujurlah Farah sempat menegur dan ajak duduk dulu sebab orang dah pandang-pandang. Hee, sorry sorry..excited sangat :p

Memang syahdu tahap meleleh air mata semua tetamu bila ayah Aisyah bagi ucapan. Yela, Aisyah anak pertama yang kahwin, baru 21 tahun. Memang tak boleh tahan masa ayah Aisyah cakap, Aisyah selalu cakap "Aisyah nak ni..." walaupun Aisyah dah kahwin, Aisyah boleh minta abah lagi kalau nak apa-apa...uWaaaaa!!!

Selepas nangis-nangis, sesi yang paling dinanti-nantikan~makan! hehe. Borak punya borak, majlis pon tamat. Kami sempat bergambar sekelas dengan raja sehari kita. Tapi kat camera saya takde. Takpelah, nanti boleh tengok kat facebook mesti diorang tag-tag punya.

Antara gambar-gambar yang sempat disnap pada hari kejadian:









Nah.
Khas buat para tetamu Aisyah & Yasir serta pengunjung blog saya..hee :)



No comments:

Post a Comment