my skin

Tuesday, June 15, 2010

Antara Suka Dan Duka

Tahniah kepada bapa saudaraku, Ayoh Wi yang telah selamat diijabkabulkan dengan Che Ayu semalam. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan segala kebaikan ke atas kedua-duanya. Amin.



Selamat Pengantin Baru


Keletihan dalam perjalanan terasa amat berbaloi apabila melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah atok nenek, pakcik makcik, budak besar dan budak kecil yang mengikuti rombongan pengantin lelaki dari Kelantan ke Terengganu semalam. Selepas akad nikah di masjid, majlis diteruskan dengan persandingan di rumah pengantin perempuan. Terima kasih kepada pihak pengantin perempuan yang telah menyediakan hidangan yang enak-enak gitu! Alang-alang ke Terengganu, kami mengambil kesempatan menikmati keindahan pantai sambil makan keropok lekor panas-panas. Perghh!Ganu kite....



On the way balik,

Tiba-tiba dalam kereta,

"Jam aku!! Weh jam aku tertinggal...."

"Ayah, jam Ikin tertinggal kat masjid..."


Ok. Seperti yang kita sedia maklum, ayah takkan patah balik.


Sedih betul. Tak kisah la harga berapa pun, tapi nilai sentimental jam tu. Aku tak tahulah apa maksud nilai sentimental tapi aku nak guna jugak perkataan tu sebab aku sedih sangat sekarang. Bukan jam je, cincin yang mak bagi pun tertinggal jugak. Nilai sentimental betul!


Jam tu aku beli akhir bulan Februari, hadiah untuk diri sendiri. Aku bajet nak pakai jam tu sampai habis belajar. Jam seterusnya tunggu hantaran kahwin nanti. Dah siap-siap extend warranty. Sekali pakai tak sampai empat bulan pun. Isk. Kenapa la air mata ni asyik nak meleleh je. Mestilah ada hikmahnya sesuatu yang terjadi tu kan...


Aku dan Si Tommy


Tinggal kenangan...